REFLECTION STUDENT

MUHAMAD SALLEH SHYMIL BIN IBRAHIM 

(A15PP0050)


Pada 28 Oktober 2018, seramai 12 orang mahasiswa/i dari 4SPPJ (kimpalan) dan seorang pensyarah telah melakukan lawatan industri ke Training Welding Technology (TWI) yang terletak di Kempas, Johor. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang situasi sebenar keadaan  sewaktu di alam pekerjaan yang berkaitan dengan kursus pemeriksaan kimpalan. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar melalui situasi sebenar yang mempunyai hubungkait dengan teori kursus yang telah dipelajari di universiti.
Sebelum program bermula, kami telah mengadakan mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa bagi program lawatan industri ke TWI. Saya juga membantu setiausaha dalam mendapatkan kelulusan program dan kelulusan permohonan sewaan bas. Sewaktu program bermula, saya memastikan pergerakan pergi dan balik ahli lawatan mencukupi dan sentiasa menjaga disiplin sepanjang program dijalankan. Saya juga berperanan memastikan peserta menjaga barang-barang berharga dan terlibat secara aktif semasa lawatan dijalankan. Selepas program berakhir, saya membantu ahli jawatankuasa menyediakan laporan program dan memastikan setiap ahli menghantar laporan program pada masa telah ditetapkan.

Di dalam program lawatan ini, saya telah memperoleh kemahiran serta pengetahuan yang lebih mendalam mengenai suatu cara dalam pemeriksaan kimpalan secara realiti iaitu Ujian Musnah (Destructive Test) dan Ujian Tanpa Musnah (Non Destructive Test) yang tidak dapat dipelajari secara amali ketika di bengkel. Secara tidak langusng, saya dan rakan-rakan juga dapat meningkatkan minat kami dalam mendalami kursus kimpalan ini.

Secara umumya, program lawatan industri ke Training Welding Technology (TWI) berjalan dengan baik. Terdapat banyak input yang dapat kami perolehi. Seterusnya kami merancang untuk mengaambil salah satu kursus yang ditawarkan di Training Welding Technology (TWI) bagi menambah kemahiran dan teknik kami lebih-lebih lagi sebagai persediaan bagi seorang guru yang mempunyai kemahiran. Semoga program ini memberi manfaat kepada dua pihak iaitu UTM dan Training Welding Technology (TWI)  juga diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.


AZREE BIN MOHD ROSLI
(A15PP0015)

Sepanjang lawatan ke TWI-ABM Training & Certificate Sdn. Bhd. di Larkin Johor, banyak perkara yang saya pelajari semasa berada disini. Kami membuat persiapan untuk subjek ‘Welding Inspection’ sebagai pendedahan awal bagi melihat sendiri bagaimana proses ujian tanpa musnah dijalankan. Kami diberi penerangan terlebih dahulu berkenaan latar belakang syarikat dan penerangan tentang kursus yang ditawarkan. Setelah selesai, kami dibawa ke sekitar kawasan bengkel untuk melihat fasiliti yang digunakan tujuan pembelajaran mengikut kursus yang ditawarkan untuk melayakkan invididu mendapat pengiktirafan daripada TWI. 

Peralatan yang digunakan ternyata lebih canggih daripada apa yang digunakan di bengkel UTM kerana UTM kekurangan dana untuk menyediakan peralatan tersebut. Kami ditunjukkan berkenaan proses ‘Magnetic Testing’ dan ‘Dye Penetrant Testing’ oleh seorang pegawai daripada pihak TWI untuk melakukan demonstrasi berkenaan proses tersebut mengikut prosedur yang betul. Ia merupakan pembelajaran yang berkesan dan satu pengalaman baru kerana dapat melihat sendiri proses pengujian dijalankan tetapi kami tidak didedahkan dengan pengujian ‘ultrasonic’ dan ‘radiography testing’. Ia merupakan satu kerugian bagi kami kerana tidak dapat melihat proses pengujian secara realiti.



INTAN FARHA BINTI M OMAR
(A15PP0026)


Bersyukur ke hadrat Ilahi  dengan izin-Nya dapat saya dan rakan sekelas 4SPPJ telah berjaya menamatkan salah satu lawatan industri ke Training Welding Technology (TWI) yang terletak di Kempas, Johor pada 28 Oktober 2018 bagi memenuhi tugasan subjek wajib Universiti iaitu Welding Inspection bagi Semester 7 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal). Lawatan industry ini dijalankan bagi mendedahkan kepada pelajar 4SPPJ dengan lebih mendalam mengenai subjek Welding Inspection.
Melalui lawatan dan program yang telah dijalankan ini, saya telah mendapat banyak input dan pengetahuan baru serta pengalaman yang berharga berkaitan soal ujian-ujian yang ada dan digunakan dalam industri berkaitan dengan Welding Inspection. Daripada hasil kajian juga, saya telah mempelajari banyak ilmu baru sebagai contoh kemahiran serta pengetahuan yang lebih mendalam mengenai suatu cara dalam pemeriksaan kimpalan secara realiti iaitu Ujian Musnah (Destructive Test) dan Ujian Tanpa Musnah (Non Destructive Test).

Semasa lawatan tersebut, pegawai mereka telah menunjukkan cara dan langkah yang betul berkenaan proses ‘Magnetic Testing’ dan ‘Dye Penetrant Testing’. Pegawai tersebut mendemontrasikan satu per satu kepada kami bagaimana cara untuk melakukan proses tersebut. Kami juga diberikan peluang oleh mereka untuk mencuba sendiri dalam melakukan dua proses tersebut.

Di samping itu, di Training Welding Technology (TWI), pegawai tersebut menerangkan secara jelas dan detail mengenai kos-kos dan latihan yang ditawarkan oleh mereka kepada semua belia di Malaysia. Kos dan latihan yang ditawarkan sangat berbaloi dari segi masa dan juga perbelanjaan. Melalui ini, kita akan dapat satu pengalaman dan sijil yang diiktirafkan oleh CSWIP.

  Akhir sekali, dapat dikonklusikan bahawa dengan melakukan lawatan industri ini, sememangnya banyak membantu saya untuk memahami keadaan sebenar industri bagi proses welding inspection. Selain itu, dengan melakukan program sebegini telah membuka mata saya bahawa dan Seterusnya kami merancang untuk mengaambil salah satu kursus yang ditawarkan di Training Welding Technology (TWI) bagi menambah kemahiran dan teknik kami lebih-lebih lagi sebagai persediaan bagi seorang guru yang mempunyai kemahiran.



NURULAIN BINTI MOHD SABRY
(A15PP0123)



            Pada 28 Oktober 2018 terlaksananya program lawatan ke TWI-ABM Training & Certification SDN. BHD di Jalan Tampoi, Johor Bahru. Lawatan ini dilaksanakan  bertujuan untuk lebih memahami subjek pemeriksaan kimpalan (Welding Inspection) yang diajari oleh DR Hazirah Binti Noh seksyen 37. Lawatan ini menunjukkan beberapa kaedah yang dapat digunakan dalam pemeriksaan keatas kimpalan. Selain itu, menunjukkan berdasarkan lawatan ini dapat dilihat alatan sebenar yang digunakan ketika menjalani pemeriksaan kimpalan.  Masa lawatan diambil hanya sehari bermula jam 8.00pagi sehingga 2.00petang.

 Untuk memastikan kelancaran program lawatan ini, kami telah mengadakan perbincangan untuk melantik ahli jawatankuasa bagi setiap aktiviti yang dirancang. Setiap orang diberi amanah untuk memegang mana-mana jawatankuasa yang diwujudkan. Perjalanan ke TWI mengambil masa selama sejam bertolak daripada UTM jam 8.00pagi. Setibanya kami disana pihak TWI menyambut kedatangan dengan baik. Kami diminta untuk berada di bilik menunggu pelawat sementara pihak TWI sedang membuat persiapan. Jam 9.00pagi, bermulanya perkenalan kami mengenai TWI. Pihak TWI telah membawa kami ke kawasan TWI sambil memberikan penerangan setiap bahagian yang ada di dalam TWI. Beliau menunjukkan setiap bay kimpalan yang ada di dalam TWI serta jenis kimpalan yang dilakukan oleh pelajar di TWI. Seterusnya, beliau membawa masuk ke tempat pemeriksaan kimpalan yang menggunakan ujian tidak musnah seperti  radiographic testing dan visual testing

Setelah selesai sesi penerangan di bilik pemeriksaan kimpalan,beliau menunjukka demonstrasi penetration test dan magnetic test. Setiap peralatan dan kaedah yang digunakan didalam ujian tersebut telah disediakan. Penerangan yang dilakukan sangat jelah dan lengkap. Beberapa pelajar diminta untuk melakukan semula ujian tersebut untuk memastikan lebih memahami.  Akhir sekali, lawatan ini telah mendedahkan kepada saya pengetahuan ilmu amali yang sebenar dalam bidang kimpalan. Lawatan ini juga dapat menambahkan lagi kefahaman saya mengenai subjek pemeriksaan kimpalan yang dipelajari pada semester ini. saya dapat melihat kaedah dan peralatan yang digunakan oleh pemeriksa kimpalan dalam menjalani tugasannya.   

Lawatan ini dapat memberi impak positif kepada saya serta rakan-rakan yang lain seperti sikap berkerjasama dan bertanggungawab dalam melakukan melancarkan program tersebut. Selain itu, lantikan AJK ini juga dapat menjadikan saya lebih bertanggungjawab dalam memikul  tugasan yang diberikan.


No comments:

Post a Comment